Monday, December 27

tapak kaki

saat hari itu tiba..
hati ku tak senang..
susah untuk melakukannya..
tanpa hati yg RELA~

biarpun begitu..inilah jalan terbaik,
untuk pulihkan keadaan menjadi asal,
aku sangat berharap..
saat aku pergi,
tiada siapa yang mencari aku..

biarlah seperti berjalan diatas pasir,
menyusuri di tepian tanpa hala tuju yang pasti..
sejuk kaki disaat air melaluinya..
dicelah-dicelah kita melayan perasaan..
tidak mampu digambarkan dengan kata-kata

jauh nun disana..
setapak demi setapak, kutinggalkan sepi,
biar ombak yang bermain pantai,
menghapuskan kembali corak kaki ku..
pudarlah ingatan aku pada dirinya.

biarlah rasa ini hilang..
tidak sesekali aku ingin mengungkitnya,

selamat tinggal..~

janganlah kau mencari aku..
kerana pasir di tapakku dihanyut hingga ke lautan atlantik..
usahlah kau bertanya lagi..
aku bukan untuk mu..



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails