Monday, June 28

terkubur jua.~



hari-hari yang mendatang
membuatkan aku terpana seketika,
selalu ku beranggapan,
hari ini lebih baik dari semalam,
esok yang selalu ku nantikan.

debaran terasa jua,
hari berganti hari,
siang silih berganti ke malam hari,
namun tetap serupa,
tiada perubahan yang ku nampak,
masih di situ jua....

saat kepanasan yang terik,
hati mula tertanya
dimanakah sang katak untuk bernyanyi,
bilakah awan bertukar menjadi mendung,
bilakah sang matahari kelam dilitupi awan?

saat burung berterbangan,
mencari tempat berteduh,
saat kite semua bergegas menyediakan payung,
sesaat kite terlambat,
kite terkena hujan
dibasahi kesejukan air dan dilimpahi rezeki,
dari YANG ESA untuk semua.

lantas,ku mengangkat tangan,
menadah,tanda kesyukuran,
inilah nikmat yang ENGKAU berikan


*kepanasan terkubur jua...










Sunday, June 27

itu ini

mata sudah letih....terasa mengantok,
mungkin sebab aku bekerja sepanjang hari,
aku bantu kawan ku,
dia cuti untuk sehari,
ada kecemasan katanya...
tidak mengapalah,kite lupakan hal ini dulu,

ada perkara yang lebih penting,
yang harus aku fikirkan,
persiapan untuk ke menara gading,
medical check up,xbuat lagi
yuran belum bayar lagi,
pengesahan itu ini...
banyak lagi yg belum ku siap,
malas terasa...

*mungkin sebab jiwa ini memberontak untuk mencari duit
*rasa belum bersedia


berikanlah aku kekuatan....
ibuku mengharap aku teruskan pengajian..


*pesan ibuku,: persiapkanlah diri mu mulai sekarang untuk masa depan yang cerah..


*ilmu itu bagaikan obor yang menerangi..
*ilmu pelita hidup
*ilmu bukan semakin berkurang tetapi semakin bercambah,





Friday, June 25

masih keliru




ku rasakan jiwa aku kosong
bagaikan layang-layang yang mengikut angin
tapi aku sedar ku bukannya begitu
aku lah yang memanipulasikan keadaan

aku selalu menidakkan perasaan itu,
diamkn sahaja dan berpura-pura
aku biarkan kau kesepian
aku tahu diriku ada di hatimu

maafkan ku kerana tak beri ruang
untuk kau mencuba
berikan ku sedikit waktu
untuk kau dekati hati




pergi...




aku melangkah pergi,
tanpa menoleh lagi,
aku pasti dengan kata hati,
selamat tinggal sepi..

saat aku melangkah,
aku kuatkan hati,
yang lalu itu pasti,
akan datang sedia menanti.

suatu masa nanti,
engkau akan mengerti,
hasrat murni untuk ku kecapi,
kebaikanku dan untukmu jua..

jangan pernah ada sesal,
kenangan selalu ada,
bersama kita hayat ini,
selamanya tersemat di kalbu..

terima kasih kerna beri ku kesempatan,
untuk merasai dan menjiwai
walaupun sesaat memori,
bagiku tiada nilai ganti..

ingatlah sayangku,
ku berjauhan denganmu,
tapi kau tak pernah jauh dariku,
aku masih teringatkan dirimu

*sehingga kini...........




bola oh bola..



Piala Dunia 2010 : Mari sama-sama kita renungkan..............

KITA TAHU :

*Italy penyandang juara tetapi tersingkir

*Italy mempunyai pemain bintang berbanding dengan Slovakia

*Italy antara kuasa besar bola sepak


TAPI KITA HARUS INGAT....

---> hidup ini bagaikan roda...(sekejap diatas,sekejap dibawah)

---> menang tidak semestinya kekal

---> bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan

---> ada kuasa tidak semestinya hebat

---> sekali kalah bukan penamatnya....tp bangkitlah,

---> belajar dari kesilapan lalu

---> setiap usaha ada hasilnya..

---> berfikiran positif

---> jika nasib tidak sebelahi kite,ingatlah tiada rezeki




*cubaan untuk kaitkan keadaan ITALY yang tewas dengan Slovakia
*walaupun berasa hampa,tetapi prestasi Italy memberangsangkan!

cerita disebalik penyanyi pop dunia




KAYA SELEPAS MATI..?

Pagi ini menarik perhatian saya untuk berkongsi mengenai Raja POp Dunia,
berita selepas setahun pemergiannya yang telah menawarkan kekayaan yang lebih berganda berbanding selama dia masih hidup.Bukan itu sahaja,kini jika ada apa-apa perkara yang berkaitan dengan Michael Jackson adalah seperti
"kunci untuk membuka peti emas".



Namun,bukan soal kekayaan yang ingin saya tunjukkan tetapi ini,sumber dari Utusan Malaysia,


"Pada tahun kematian Michael, baru kami benar-benar menyedari bahawa dia memiliki bakat seni yang sangat luar biasa. Lelaki itu sememangnya Raja Pop Dunia," kata ketua Eksukutif Sony/ATV,Marty Bandier.



Kenapa Jacko?

Ini sekadar contoh untuk kita semua,saya ingin ingatkan kepada anda,bukan setelah pemergian seseorang barulah kite teringat segala jasa yang pernah disumbangkan. Barulah kita mula menghargai dan sedar kelebihan orang.




*seharusnya,semasa masih hidup,kite telah sedar dan menghargai seseorang.
*sudah terlambat untuk kite mengucapkan "tahniah" atau tanda penghargaan, "terima kasih" kepada seseorang jika die telah pun meningal dunia.







KESIMPULANNYA


-----> belajarlah menerima seseorang dalam hidup kite

-----> menerima & menghargai seseorang

-----> ucapkanlah perasaan bangga/pujian semasa masih ada waktu.







Thursday, June 24

CINTA SAMPAI DISINI


mencoba tuk pahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis
aku kan menangis
namun air mata ini telah habis

reff:
segalanya telah ku berikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai disini

mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba
aku kan mengiba
namun rasa ini
telah sampai di ujung lelahku

********************************************************
Jiwa ku tersentuh,
tatkala mendengar lagu ini,
rasa debar2 kecil,
fikiran ku kosong,
perasaan itu untuk siapa??
heheheh....

Wednesday, June 23

Seloka spontan

aku menulis apa yang aku nampak,
moga ia memberi sedikit impak,
aku teliti sebelum aku berkongsi,
sekadar untuk menghilangkan sangsi.





ceritera ini bemula di petang hari,

sambil makan kite berjenaka,

seorang pakcik tua datang ke mari,

menadah tangan hilang syak wasangka



*tangan diatas lebih baik dari dibawah



sekilas dipandang tangan menyeluk,

not dihulurkan muka bersahaja,

biar diberi bukan diseluk

sumber rezeki dimana-mana saja






kehidupan ini bagaikan abstrak,

petikan gitar irama harmoni,

kalau gagal kite menjadi haprak,

jika berjaya hidup warna warni.





belajarlah rajin-rajin pesanan orang tua,

membentuk kite manusia budiman

bekalan ilmu sampai ke tua

kesilapan lalu jadi pedoman




***********************************************
madah seloka hiburan hati,

yang baik contoh teladan,

sekadar untuk saling mengingati

yang buruk kite jadikan sempadan


********************************************************************

Tuesday, June 22

sikap kita..






bila kite terleka,
kite xsedar,
masa berlalu begitu saja,
kite membuang masa dengan perkara sia-sia
kite xsedar betapa ruginya kita.







bila kite terburu2
kite xsedar
apa yang kite lakukan,
kite membuang tenaga begitu sahaja
kite xsedar betapa pentingnya tindakan waras.






bile kite terlalu asyik
kite tidak sedar,
membeli segala keinginan
yg bukannya suatu keperluan
kite tidak sedar diri kite membazir.






bile kite tersasul
kite tidak sedar
kite menyakiti orang lain
membuatkan orang tidak suka
kite tidak sedar bahawa kite ini tidak berbudi bahasa.






bila kite ditimpa musibah
kite tidak sedar
DIA sedang menguji
kite asyik mengeluh,
sering merasakan perihal malang
kite tidak sedar ada yang lebih buruk dari kite

Sunday, June 20

Diariku & Misteri

KOTAK HATI KU..~~ ICE CHOCO



sekadar untuk berkongsi,

segenap ruang rasa hati aku,

tanpa ada halangan,

aku bebas untuk membicarakan,

bukan untuk menjatuhkan sesiapa,

tetapi untuk pedoman semua,

ini hanyalah coretan,

DIARIKU yang tiada rahsia

untuk tatapan semua,

tanpa ada yang tahu,

MISTERI...?

apakah cerita Diriku INI....?

Maafkan aku.....


*****

hidup ini bukan untuk ditangisi,

bukan untuk meminta simpati,

hanya sekadar meluangkn masa untuk diisi,

moga ianya dekat dihati.....

*****

Disinilah bermulanya......



Hidup ini bagaikan aiskrim,
nikmatilah ia sebelum ianya cair... :)

mari baca lagi.....

saya suka untuk perkenalkan diri saya sebagai

"icechoco" bukan nama sebenar,

tetapi singkatan yang digabungkan,hehehe..:)

ice adalah singkatan dari ice cream

choco adalah singkatan untuk chocolate

*inilah diriku,
*inilah caraku,
*inilah jawapannya
*inilah luahanku
*inilah hakikat
*inilah harapan


erti hidup sebenar...

fullstop..!!
Related Posts with Thumbnails