Saturday, July 17

jikalau tidak.........

jikalau tidak aku dikurniakan perasaan,

mana mungkin aku akan berbicara,

tentang hati dan cinta....



jikalau tidak aku dikurniakan rindu,

mana mungkin aku akan mengingati,

tentang dirimu itu....


jikalau tidak aku dikurniakan air mata,

mana mungkin aku bisa menangis,

ketika kau dalam kesusahan...


jikalau tidak aku dikurniakan empati,

mana mungkin aku akan belas kasihan,

terhadap penderitaan mu itu...


jikalau tidak aku dikurniakan rasa,

mana mungkin aku akan memahami,

terhadap kesakitan itu..


jikalau tidak kerana ANUGERAH,

mana mungkin aku dapat manfaatnya,

sesungguhnya aku bersyukur kepadaNYA....


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails